Monday 13 June 2011

Hubungan Dingin? Sampai Bila?


Salam Petang semua ....

Wahh! Dah lama tak update belog nie kan? Kemain banyak sawangnya. Sampai BG terpaksa tukar layout belog gitu! New layout kan? Cantik tak? Sila anggukan kepala, ini ugutan! ;)) Mix colour purple + pink.. Auww!

Okay berbalik pada tajuk. Hubungan, macam-macam jenis hubungan yang ada kat dunia nie kan. Tak termasuk hubungan sejenis okay.. no no no >,< ! Shhh .. nanti belog kena tembak dengan GAM UHU pulak belog BG nie karang! Hehe.. yg BG maksudkan, hubungan yang logik lah. Hubby n Wifey ke, Couple ke, adik-beradik & keluarga okay. Haa.. lupa! Bloggers pon hubungan juga kan? Hubungan silaturahim kata kauu..

Sure la korang pernah je lalui hubungan dingin kan? Tak kira dengan siapa @ apa pun jenis hubungan tu kan.. dapat tak korang handle dengan tenang tanpa berpanjangan? Yelaa bila sesuatu perhubungan tu dah terlalu dingin, payah pulak bila dibiarkan kan? Takut nanti 'keras membeku' jenuh nak dok ketuk kasi teraburr >.<! Bagi BG kalau couple sedang berdingin tu, masih perkara biasa.. Kiranya boleh dihandle lah.. Tapi kalau hubungan tu melibatkan pertalian darah? Hurmm .. BG sendiri takot bila perhubungan darah tu jadi 'kering kontang' tapi nak buat macam mana kalau kekerasan lebih menguasai daripada kelembutan? Walaupun yang muda cuba mengalah, tapi yang tua tetap berkeras? Nak salahkan siapa korang? Paling BG tak suka bila orang ke-3 yang sepatutnya leraikan tu pun turut jadi batu api! Hishh .. toksah la gitu! Tak ada manusia yg tak melakukan khilaf yg sama berulang kali. Dunia kan? Bukan nya syurga dek nun .. itu dah termasuk alam lain.. sementara masih bernafas diudara yg sama nie, kita tak nak berdingin lagi. Lebih mulia Si Pemaaf daripada Si Peminta Maaf bukan? Entah laa ...


Conteng kecil-kecil : "sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri, dan yg baik datang daripada-Nya.."

No comments: