Monday, 13 June 2011

Hubungan Dingin? Sampai Bila?


Salam Petang semua ....

Wahh! Dah lama tak update belog nie kan? Kemain banyak sawangnya. Sampai BG terpaksa tukar layout belog gitu! New layout kan? Cantik tak? Sila anggukan kepala, ini ugutan! ;)) Mix colour purple + pink.. Auww!

Okay berbalik pada tajuk. Hubungan, macam-macam jenis hubungan yang ada kat dunia nie kan. Tak termasuk hubungan sejenis okay.. no no no >,< ! Shhh .. nanti belog kena tembak dengan GAM UHU pulak belog BG nie karang! Hehe.. yg BG maksudkan, hubungan yang logik lah. Hubby n Wifey ke, Couple ke, adik-beradik & keluarga okay. Haa.. lupa! Bloggers pon hubungan juga kan? Hubungan silaturahim kata kauu..

Sure la korang pernah je lalui hubungan dingin kan? Tak kira dengan siapa @ apa pun jenis hubungan tu kan.. dapat tak korang handle dengan tenang tanpa berpanjangan? Yelaa bila sesuatu perhubungan tu dah terlalu dingin, payah pulak bila dibiarkan kan? Takut nanti 'keras membeku' jenuh nak dok ketuk kasi teraburr >.<! Bagi BG kalau couple sedang berdingin tu, masih perkara biasa.. Kiranya boleh dihandle lah.. Tapi kalau hubungan tu melibatkan pertalian darah? Hurmm .. BG sendiri takot bila perhubungan darah tu jadi 'kering kontang' tapi nak buat macam mana kalau kekerasan lebih menguasai daripada kelembutan? Walaupun yang muda cuba mengalah, tapi yang tua tetap berkeras? Nak salahkan siapa korang? Paling BG tak suka bila orang ke-3 yang sepatutnya leraikan tu pun turut jadi batu api! Hishh .. toksah la gitu! Tak ada manusia yg tak melakukan khilaf yg sama berulang kali. Dunia kan? Bukan nya syurga dek nun .. itu dah termasuk alam lain.. sementara masih bernafas diudara yg sama nie, kita tak nak berdingin lagi. Lebih mulia Si Pemaaf daripada Si Peminta Maaf bukan? Entah laa ...


Conteng kecil-kecil : "sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri, dan yg baik datang daripada-Nya.."

Wednesday, 30 March 2011

Termakan Taik !! Ciss ...


p/s : sekadar gambar hiasan (konon-konon marah la ni tau!)

Sedap? Tidak !! Siapa yang rela makan taik weii? Mana ada itu tajuk entri yang saja-saja nak bikin panas : ) kuikui ! Yang lebih tepat adalah TERMAKAN BUDI !! Seronok kan berkawan? Nak-nak bila kita ada kawan yang rapat sampai melekat! Fuhh .. sayang bagai nak gila sampai tergolek-golek dibuatnya. Tapi bila sekali kita lakukan kesalahan. Sampai mati dia orang ingat. Sampai kan tiba satu masa kita nak bergerak ke jalan perubahan pun dia orang payah nak terima. Itu ke kawan? Pernah tak dia orang ingat bila kena tang batang hidung dia orang pulak yang buat silap? Bila dah ungkit-mengungkit mesti jadi gaduh! Then bertekak la kat laman sosial tu. Lepas tu baik! Lepas tu gaduh balik! Lama-lama putus silaturahim?? Macam tu? Iskhh .. aku tak nak macam tu lah. Sampai bila nak nampak salah orang je ekk? Lagi satu yang membangkitkan kepantangan tok moyang aku adalah! Privacy laman sosial aku di jadikan alasan bila bergaduh? What teh hell dud !! Fade up ~

Tuesday, 15 March 2011

Bosannnn!!!!

Okey sekarang neh betul2 dah bosan tahap gaban setelah hampir 1 tahun keje kat sini.. Nak resign tapi mcm malas la nak carik keje lain.. Hurmm, boss beria nak cari kan partner utk aku kat sini supaya aku boleh keje sambil travel & join roadshow2 luar tu. Masalah nya aku nie beria resign dari Celcom sebab dah penat keje telco tahu tak.. Tuptup dah hampir 10 bulan keje sini boleh pulak masuk digi kat sini.. Haihhhh, telco lagehhh!!! Stress tau tak!! Kalau stil nak bergelumang dengan telco baek aku stay kat celcom la ayunnnn !!!! 

Dah cakap kat mama nak berhenti, tapi mama tak bagi sebab tgh banyak benda nak kena settle.. Huh =,='
tetiba mcm teringin nak keje opis balik larhh ??? Ermmm.. akan di usahakan Insya-Allah ...

Thursday, 10 March 2011

FaceBlog mengajar ku :)) Terima Kasih ~

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit


Wow!! FaceBlog!!! Sangat sukeee weee! 
Coz fblog nie jugak dh temukan aku dgn banyak blogger2 yg handal mandal ;DD 

~FBlog, ily~